Teknologi tanpa wayar

 TEKNOLOGI TANPA WAYAR

 


  • Komunikasi / penghantaran data & maklumat melalui jarak tertentu tanpa menggunakan wayar, kabel dll.
  • Menggunakan gelombang elektromagnetik seperti satelit, frekuensi radio, inframerah dll.

Jenis Teknologi Tanpa Wayar

1 : WIFI


  • Singkatan bagi Wireless Fidelity
  • Teknologi yang menggunakan gelombang radio utk menyediakan sambungan rangkaian.
  • Menghubungkan antara dua peranti atau lebih menggunakan NIC atau adapter yg lebih dikenali sebagai "Hotspot".
Hotspot ialah kawasan sekitar Router tanpa wayar / Access point yg disambungkan ke rangkaian.
Hotspot juga merujuk kepada satu kawasan khas.

Jenis jenis WIFI

1. Rangkaian luas tanpa wayar ( WWANs )
  • Pengguna membuat sambungan secara tanpa wayar yg lebih jauh
  • Boleh dikekalkan atas kawasan geografi yg besar ( Bandar / Negara )
  • Melalui antena  / sistem satelit yg diselenggarakan
2. Rangkaian kawasan Metropoliton tanpa wayar ( WMANs )
  • Pengguna membuat sambungan tanpa wayar di dalam kawasan Metropoliton ( di dalam bangunan pejabat di sekitar kampus Universiti )
  • Tanpa kos yang tinggi dengan meletakkan gentian / kabel talian.

3. Rangkaian kawasan tempatan tanpa wayar ( WLAN )
  • Meyediakan beberapa meter terakhir penyambungan antara rangkaian berwayar & pengguna mudah alih.
4. Rangkaian tanpa wayar personal ( WPAN )
  • Membolehkan pengguna menubuhkan ad hoc.
  • Komunikasi tanpa wayar itk peranti PDA telefon bimbit dan komputer riba

Kelebihan WIFI
  • Sangat mudah diaktifkan / dikkonfigurasikan.
  • bersifat mudahalih
  • boleh dikembangkan dengan mudah
  • telah diseragamkan oleh semua negara
Kekurangan WIFI
  • Mengakibatkan kelajuan capaian kepada rangkaian terjejas
  • Isyarat WIFI tidak stabil dan bergantung kepada gangguan persekitaran.



Ulasan

Catatan Popular