Jenis jenis Topologi Rangkaian

 Topologi Rangkaian

Topologi Rangkaian adalah susunan fizikal komputer / peranti dalam rangkaian mengikut konsep. Terdapat 3 jenis topologi utama iaitu topologi bus, topologi cincin dan topologi bintang. 

Topologi Bintang



  • Topologi bintang menyambungkan setiap node ( komputer / peralatan lain ) ke hub atau switch. Data yang dihantar dalam topologi bintang akan melalui hub atau switch sebelum ke destinasinya.
  • Kelebihan
- Mudah untuk menyambungkan kabel rangkaian
- Mudah mengenalpasti masalah
  • Kekurangan 
- Memerlukan kabel yang panjang
- Kos pemasangan yang lebih berbanding topologi bus
Topologi Bus


  • Terdiri daripada beberapa komputer yang disambungkan kepada satu kabel utama dengan menggunakan terminator. Jarak maksimum kabel ialah 185meter.
  • Kelebihan
- Senang untuk menambah / mengurangkan node tanpa mengganggu operasi yang dijalankan
- Murah
- Sesuai untuk rangkaian kecil
  • Kekurangan 
- Sukar mengesan kerosakan 
- Memerlukan terminator untuk kedua-dua hujung kabel tulang belakang.
Topologi Cincin

  • Ialah kabel yang direka bentuk bagi membentuk gelang tertutup. Data yang dihantar dari satu nod ke nod yang lain dalam satu arah.
  • Kelebihan
- Tiada pelanggaran data
- Memerlukan kabel yang sedikit
- Penghantaran data laju
  • Kekurangan 
- Sukar mengesan punca kerosakan
- Jika kabel utama bermasalah , rangkaian tidak dapat berfungsi

Topologi Hibrid


  • Ialah dua jenis topologi yang merupakan campuran dua atau lebih topologi.
  • Kelebihan
- Mudah menambah peranti baru seperti nod baru.
- Boelh menggabungkan topologi tanpa mengganggu topologi yang sedia ada.
  • Kekurangan 
- Kompleks dalam reka bentuk
- Mahal








Ulasan

Catatan Popular